Ceramah/majlis:Pembongkaran Isu Syria .
Tokoh: Syeikh Prof Dr Muhammad Ali Al-Sobuni. Berumur 83 tahun. Ulama tafsir yang masih hidup. Pengarang kitab tafsir Al-Sobuni.
Tarikh: 17/12/2012.
Masa: selepas maghrib.
Tempat: Surau Annur, Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, penyusunbicara berkesempatan hadir. Penterjemah disediakan. Ada seorang syeikh lagi yang saya tidak pasti siapa namanya, berikut adalah gambar mereka:
Kebanyakan isi ceramah disampaikan oleh syeikh muda tersebut. Prof Muhd Ali Al-Sobuni memberikan sedikit kata-kata pada akhir ceramah. Ulasan ringkas tentang ceramah ini:
Mereka mengadakan tour di Malaysia, bergerak ke serata negeri di Malaysia maka jadual mereka padat. Tujuan atau objektif tour mereka pada saya adalah:
a) Memberi kesedaran dan menaikkan semangat juang atau jihad di kalangan muslim Malaysia , khususnya berkenaan isu di Syria . Muslim Malaysia mungkin tidak diharapkan untuk berjihad secara fizikal (berperang), namun jihad yang boleh dilakukan antaranya adalah jihad harta. Selain doa.
b) ‘Test-market..’ / melihat tahap respon, kesediaan muslim malaysia dalam menghadapi ‘serangan’ musuh Islam. Dari sini mereka boleh menilai sejauh mana respon muslim Malaysia terhadap isu-isu berkaitan jihad dan umat pada waktu sekarang dan masa akan datang; sejauh mana umat Islam Malaysia bersatu. Seandainya pada masa akan datang, muslim Malaysia menghadapi situasi yang memerlukan mereka bangkit berjuang-adakah mereka cukup kuat? Adakah mereka berada dalam keadaan sentiasa bersedia? Adakah mereka boleh diharapkan dalam memainkan peranan membantu kebangkitan Islam? Jawapan kepada persoalan seumpama ini boleh dibuat agakannya berdasarkan lawatan dan tour mereka di Malaysia .. berdasarkan respon yang diterima dari hadirin.
Ceramah diselangi dengan laungan takbir oleh semua hadirin dengan agak kerap.
Ceramah mereka disampaikan dengan bersemangat dan suara yang lantang. Demikian juga penterjemah, menghidupkan lagi suasana.
Di antara isi ceramah:
-Pendapat seorang wakil dari Palestin berkenaan isu Syria . Wakil itu berpangkat Dr. (tidak dinyatakan doktor apa). Rakyat Palestin sekurang-sekurangnya masih mempunyai sokongan kerajaan sendiri dalam menghadapi peperangan. Namun apa yang dihadapi oleh rakyat Syria-kerajaan sendiri yang memerangi mereka. Mereka tidak mempunyai suatu kuasa yang benar-benar boleh dijadikan tempat bergantung harap.
-Kebangkitan Islam di Palestin tidak akan berjaya selagi kejayaan di Syria tidak tercapai, berdasarkan hadis yang mereka sebutkan.
-Sesuatu yang membimbangkan, wujudnya pengaruh Syiah yang kuat di Syria .
-Seorang ibu tunggal yang hidup susah, (mungkin tahap miskin), menyedekahkan barang kemasnya yang bernilai sekitar RM8000, dengan diiringi harapan dan doa, agar anak-anaknya menjadi pejuang agama. Difahamkan nilai itu besar baginya memandangkan dia seorang yang tidak berharta dan hidup susah. Ada seorang hamba Allah di Malaysia menyedekahkan RM 100,000.
Saya rasa, umat Islam perlu jadi kaya raya, nanti lebih banyak duit boleh diberikan kepada orang lain. Nilai pahala di sisi Allah bergantung kepada niat dan keikhlasan, dan sebesar mana nilai harta itu di sisi penderma dan sebesar mana pengorbanannya. Sedekah sebanyak RM 50 dari orang yang mempunyai RM 60 tidak sama dengan sedekah RM 1000 dari seorang yang mempunyai RM 1 juta.
Saya rasa, umat Islam perlu jadi kaya raya, nanti lebih banyak duit boleh diberikan kepada orang lain. Nilai pahala di sisi Allah bergantung kepada niat dan keikhlasan, dan sebesar mana nilai harta itu di sisi penderma dan sebesar mana pengorbanannya. Sedekah sebanyak RM 50 dari orang yang mempunyai RM 60 tidak sama dengan sedekah RM 1000 dari seorang yang mempunyai RM 1 juta.
Agak menarik perhatian, dua orang syeikh ini juga menunjukkan sisi humor mereka, di sebalik suasana peperangan, ketegangan, dan kesengsaraan yang menimpa di Syria sekarang. Considerable sense of humor. Antara babak yang berlaku:
Pada penutup, Prof Muhammad Ali Al-Sobuni menceritakan beberapa kisah pendek yang agak aneh tapi kelakar. Antaranya, kisah seorang yang menderma untuk kebajikan, tetapi dia seorang peniaga arak. Kisah seorang muazzin tetapi sebenarnya beragama kristian. Sebelah kakinya terkena najis, lalu semasa mengumundangkan azan beliau mengangkat sebelah kakinya dengan alasan kerana kakinya itu bernajis. Sekali imbas kisah ini seperti tiada kaitan dengan isu Syria atau isu jihad? Tetapi mungkin mesejnya adalah situasi yang mana seseorang telahpun menyedari suatu kesilapan yang dilakukannya tetapi gagal untuk menyedari kesilapan lain yang lebih besar, yang dilakukan pada masa sama. Kegagalan memandang sesuatu dari perspektif yang meyeluruh.
Semoga Allah memberi keteguhan iman kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia . Semoga kami tidak tergolong dalam golongan mereka yang melupakan nasib umat Islam.
Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan buat mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang..fighting fighting.. :)
Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan buat mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang..fighting fighting.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan