Bagaimanakah caranya untuk membahagiakan isteri? Banyak caranya, dan jika ingin dibincangkan, memang panjang dan banyak pula sub topik yang akan terlibat. Jika ingin disenaraikan dengan cara yang menyeluruh dan lengkap, ia memerlukan masa untuk menyenarai, menyusun, menghurai dan sebagainya. Bagaimanapun buat permulaan, penyusunbicara menulis apa yang terlahir, yang paling pantas berlegar di minda.. Ia tidak tersusun dan tidak dihurai dengan kemas, namun apa yang penting-tulis terlebih dahulu.
Agama
Sebagai seorang suami, tanggungjawab mengemudi rumahtangga terletak di bahunya. Bagaikan nakhoda yang mengemudi kapal. Sesedorang pengemudi perlu membawa kapal dan segala isinya menuju ke destinasi yang benar, dengan laluan yang betul, dengan cara yang indah. Tahu mengawal kapal yang terumbang ambing dipukul ombak, tahu bagaimana menghadapi ancaman cuaca yang buruk dan segala cabaran yang merintang. Itulah tugasnya. Itulah nature nya seorang suami. Namun, semua itu memerlukan kekuatan dalaman.. kekuatan rohani dan jiwa. Kekuatan minda untuk merencah pengetahuan. Kesensitifan hati. Dan, secara ringkas boleh dikatakan bahawasanya, semua itu perlu dicapai dengan agama Islam. Iaitu seorang suami memerlukan keagamaan yang kukuh dalam dirinya. Bahagikan ia kepada dua bentuk: 1) Ilmu agama. 2) Penjiwaan/praktikal ilmu agama.
Carilah ilmu agama dan praktikkan ia dalam kehidupan. Praktikkan dalam hati, praktikkan dalam percakapan, praktikkan dalam tiap gerakan pancaindera. Sungguh sukar, dan sampai ke detik terakhir pun kita tidak akan mampu menjadi sempurna tanpa sebarang dosa, kerana sifat manusia sememangnya tidak terlepas dari berbuat kesilapan. Allah berfirman dalam surah an Najm, (ayat tak ingat, mungkin 31) ”..janganlah menganggap diri kamu suci”. Jangan cepat putus asa andai tidak sempurna. Tapi yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana kita menghampiri kesempurnaan. Itu yang membezakan tahap kebaikan dan kebagusan seorang suami terhadap isterinya.
Baiklah, pentingnya agama untuk suami dalam menjaga keharmonian dan keromantisan rumahtangga itu sudah umum diketahui. Dari subjek ini sahaja, akan mampu kita cambahkan pelbagai perkara lain untuk diteliti satu per satu. Maka, apakah lagi yang boleh dilakukan untuk membahagiakan isteri tercinta..hmm..sesuatu yang bersifat lebih terperinci bentuknya? Yang jarang kita perolehi dari sumber-sumber ahli agama.
Kata-Kata
Kata-kata anda. Ya, kata-kata kita sebagai suami: cubalah perhalusi, jaga dan tingkatkan kualitinya. Bagaimana maksudnya itu..? Biasakanlah mengucapkan kata-kata yang bersifat:
-indah.
-romantis.
-mengharukan dan menyentuh jiwa.
Kata-kata yang bersifat seperti di atas tidak hanya bergantung pada ayat atau perkataan yang digunakan semata-mata tetapi juga dari segi suara. Kepelbagaian nada suara: suara lembut, suara manja, suara macho, suara lucu mengusik dan sebagainya.. Asas yang mudah untuk semua ini, yang pertama adalah biasakan dengan suara yang lembut tatkala berbicara. Apabila suara sudah biasa dengan nada lembut, apabila lidah kita sudah terbiasa dengannya.. akan mudah terlahir kata-kata yang bersifat indah dan menyentuh jiwa.. Tentu isteri cair hari-hari kan . Mungkin agak sukar bagi mereka yang sememangnya terbiasa bercakap dengan kata-kata yang kuat, tegas, garang dan seumpamanya.. Beruntunglah mereka yang secara semulajadinya dilahirkan bersuara dengan kata-kata yang lembut dan baik (awas, kata-kata yang lembut..bukan lelaki lembut).
Bersyukurlah kepada Allah, bahawasanya anda memang dilahirkan sebagai pembahagia sejati isteri. Isyqqteri yang tercinta adalah permaisuri hati suami.
Layanilah isteri bagaikan puteri, bagaikan permaisuri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan