Selawat dan Maulidur Rasul 1435/2014.
Allahumma solli ‘ala Muhammad, Allahumma solli ‘ala Muhammad, Allahumma solli ‘ala Muhammad…
12 Rabiulawal merupakan tarikh masyhur disebut sebagai tarikh kelahiran Nabi s.a.w. Manakala tarikh 9 Rabiulawal pula adalah tarikh yang lebih bertepatan dengan kajian ilmu falak moden, sebagaimana yang didapati oleh seorang ahli falak moden yang berasal dari Mesir, Mahmud Pasya, ketika mengkaji tarikh gerhana matahari semenjak zaman Nabi s.a.w. [Al-Rahiq al-Makhtum]. Jadi menurut hasil kiraan ilmu falak, hari Isnin pada minggu kelahiran Nabi s.a.w. jatuh pada 9 Rabiulawal. Tarikh sebenar kelahiran Nabi masih lagi diperselisihkan. Namun apa yang lebih penting dan menjadi keutamaan kita berbanding soal tarikh adalah sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk mengikuti ajaran Nabi, sejauh mana kecintaan kita terhadap Rasulullah saw, sebanyak mana telah kita berselawat kepada baginda. Adakah kita telah melazimi selawat dalam kehidupan sehari-hari? Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang banyak berselawat dan mengikuti sunnah baginda, dan beristiqamah dengannya.
Keutamaan, keagungan dan keistimewaan selawat.
Sesungguhnya Allah sendiri dan para malaikatnya turut berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Allah berfirman di dalam Al Quran:
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56).
Sungguh istimewa, Sebelum menyebut ayat perintah kepada orang-orang yang beriman supaya berselawat, Allah terlebih dahulu menyebutkan bahawa Dia sendiri dan para malaikatNya juga turut berselawat kepada baginda.
Kelebihan dan fadhilat berselawat.
1. Dicatatkan sepuluh kebaikan, digugur sepuluh kesalahan dan ditinggikan sepuluh darjat di syurga:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
2. Dapat Bersama Nabi Di Hari Kiamat. Orang yang paling hampir dengan Nabi s.a.w. di akhirat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat. Semakin banyak selawat, semakin hampir kita dengan Nabi s.a.w.
Daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 2/305, no. 446 dengan katanya: Hasan ghorib. ath-Thabrani, 10/17, no. 9800. Al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 2/212, no. 1563. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 11/505, no. 32447. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata (Fathul Bari, 11/167): Dihasankan oleh at-Tirmidzi, disahihkan oleh Ibnu Hibban dan padanya syahid (penguat) riwayat al-Baihaqi daripada Abi Umamah. Dinyatakan Hasan lighairihi oleh al-Albani, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/136, no. 1668)
3. Malaikat turut berselawat kepada orang yang berselawat.
Daripada ‘Amir B. Rabi’ah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:
“Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak”.

[Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654. Ahmad, 24/457, no. 15689. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Shohih wa Dhoif al-Jami’ ash-Shoghir, 22/182, no. 10682. Juga Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Tahqiq Musnad Ahmad, 24/457].
4. Beroleh syafa’at Nabi s.a.w.
Daripada ‘Abdullah B. Amr al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
4. Beroleh syafa’at Nabi s.a.w.
Daripada ‘Abdullah B. Amr al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Terjemahan: “Apabila kamu mendengar azan dikumandangkan, ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh orang yang azan. Kemudian berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Setelah itu, mintalah (kepada Allah) al-wasilah untukku kerana sesungguhnya al-wasilah itu adalah suatu kedudukan yang mulia di Syurga, yang tidak sepatutnya diberikan melainkan untuk seseorang dari kalangan hamba Allah . Aku berharap semoga akulah orang itu. Maka sesiapa yang memohon al-wasilah untukku, nescaya akan halal baginya syafa’at”.
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/327, no. 577. At-Tirmidzi, 12/60, no. 3547)
5. Diampunkan dosa serta dicukupkan keperluan dunia dan akhiratnya.
Dari Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, berliau berkata:
Dari Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, berliau berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah menjawab:
Terserah kepadamu.” Aku pun berkata:
“Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:
“Adakah separuh daripadanya?” Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:
“Adakah dua pertiga?” Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku pun berkata:
“Aku jadikan semua doaku untukmu.” Beliau pun bersabda:
“Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.” [Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 8/497, no. 2381. At-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih. Syaikh al-Albani berkata: Hasan, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 5/457, no. 2457].

Daripada Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Seseorang berkata kepada Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), “Bagaimana pandangan kamu sekiranya aku jadikan seluruh doaku untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah bersabda, “Jika begitu, Allah Tabaraka wa Ta’ala akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhiratmu.”
[Hadis Riwayat Ahmad, 35/166, no. 21242. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis hasan. Syaikh al-Albani berkata: Isnadnya jayyid, Shohih Targhib wa at-Tarhib, 2/137].
Hari Jumaat adalah hari yang utama untuk berselawat.
Selawat pada hari Jumaat akan diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w.
1. Dari Aus B. Aus ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut juga sangkala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku.” Kemudian seorang sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?” Maka Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi.” [Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 26/84, no. 16162. Abu Daud, Sunan Abi Daud, 3/239, no. 883. Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/386, no. 1075 dan 5/129, no. 1626. Al-Baihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/371, no. 634. Syu’abul Iman, 3/109, no. 3029. An-Nasaa’i, Sunan al-Kubra, 1/519, no. 1666. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 2/516, no. 8789. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shohih Sunan Abi Daud, Ibnu Majah, dan beberapa tempat yang lain. Juga dinyatakan oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih, perawinya perawi kitab Sohih, Tahqiq Musnad Ahmad, 26/84]
2. Dari Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. [Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinyatakan oleh al-Albani sebagai hasan lighairihi, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/137, no. 1672].
Kecintaan pada si dia; mekar dan mewangi dalam laman hati.. kerinduan pada si dia; selawat dan salam penghubung kalbu… Moga Allah tetapkan kita bersama sehingga ke syurgaNya, kekal bahagia di sana , amiin ya Allah.
Allahumma solli ‘ala Muhammad, Allahumma solli ‘ala Muhammad, Allahumma solli ‘ala Muhammad…
Rujukan
- http://www.abuanasmadani.com/?p=1828
- Al-Rahiq al-Makhtum. dari Abdullah Bukhari, al Ustaz, no.5. 2012.